Friday 18 March 2011

I'm sorry sayang

AKU MINTA MAAF , AKU SENGAJA NK BUAT KAU SAKIT HATI , DAH LAME TAK GADUH BESAR . NAMPAK ALASAAN BODOH TAPI ITU KENYATAAN NYA DAN AKU NK KAU SEDAR AKU SETIA DGN KAU SORANG JE . AKU HARAP KAU BOLEH FAHAM , KAU KENA HARGAI AKU SEBAB AKU MENCINTAI MU

Memanah

Assalamualaikum wbt ,

wah ! 170311 aku pergi times square kluar ngn mimi n ajmal sbb nk beli kasut untuk ajmal , aku tunggu dorang mmg lama , dari pukul 10 smpai pkol 12 camtu baru dorang sampai Time Square , sabar jelah aku time tu , then bila dorang dah smpai . beli kasut kat tingkat 3 lepas beli kasut kitaorang g Bowling untuk beradu tenaga sape paling power tapi aku yang kalah ngn mimi sbb aku pun tak tahu nape aku main macam budak budak and score yang aku dapat 42 , paling sikit yang pernah aku dapat . HAHAH . tapi biar la . lepas tu kitaorang g makan mcd , cadang nye lepas makan mcd tu nak main bowling tapi bile di fikir balik mls la aku , then aku nmpk ade pusat memanah dkt sebelah bowling tu , aku pun bg la cadangan then dorang okay je , ape lagi . pergi jela . Wah first time memanah nie , agak gugup la tapi seronok tau . ahhaha , then lepas tu kitaorang main bowling lagi sebab ade duet lebih . dalam pukul 4 tu baru kitaorang balik dgn kegembiraan :)

Thursday 17 March 2011

Buang bayi menjadi hobi di kalangan rakyat malaysia



Assalamualaikum wbt ,
Pada hari nie , byk kita tgk di dada dada akhbar pasal kes buang bayi. Ya Allah , wahai manusia ! binatang pn sayangkan anak, nie lagi kita sebagai manusia yang penuh dgn sifat kasih sayang , perikemanusian dan mempunyai akal fikiran berbanding binatang . Aku tgk 360 kat TV3, statitik kes buang bayi semenanjung Malaysia dan Sabah , Sarawak melebihi 70 ribu , dimana peranan ibu bapa yang sepatutnya memberi didikan agama dan sivik sejak kecik lagi ? Sebagai masyarakat jgn menunding jari kepada ibu bapa tapi aku lebih salahkan remaja sekaranh nie yang mana semuanya salah pilih kawan . Tak sedih ke korang buang zuriat dan benih korang sendiri ?kenapa buang ? sbb nk tutup rasa malu ? itu bukan jawapan yang wajar diberikan sebagai alasan tapi bg pendapat aku , kita tebus balik kesilapan kita dgn mendidik bayi tersebut menjadi anak yang soleh dan tidak mengulangi semula perbuatan keji tersebut. Sesungguhnya doa anak yang soleh diterima di sisi ALLAH S.W.T. Fikir lah azab yang bakal kau tanggung jika kau membuang anak yang suci itu , bertaubatlah . Semoga Allah dapat mengampuni dosa dosa kita dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun . Amin AMIN ..

Tuesday 15 March 2011

Minggu yang memenatkan . haih

Assalamualaikum ,

Minggu nie mmg memenatkan dgn bola , kelas , homework and assignment . semua nye memenatkan lahh tapi yang menggembirakan aku biasiswa dah masuk . boleh la joli joli sakan . hahaha . Tak kan la nk menjoli camtu je . aku kan dah besar kena la fikir apa nk buat dgn duit tu . hurmm , Fikir jap nk buat ape eh ? Belanja kawankawan number 2 . ahhaha . Semalam account masuk chapter baru pasal TPL (trading profit and loss) pening gak mula mula time lecture bagi formula tu tapi lepas tu Alhamdulilah boleh la caught up . Tak de la susah mane pun .Then esk aku nak kluar ngn mimi . Act aku janggal la nk kua ngn dia esk . Menyampah pun ade , rindu pun ade tapi nth la tgk la esk camne . Lagipun esk aku ade Quiz math then kelas account postpone petang tu kelas tidur bersama MR E . hahaha . tapi tape minggu depan aku cuti mid sem , bole la rehat sebentar kat rumah smbil layan nescafe . Mesti banyak homework kena buat . Adoiiyaiii .

Raja Lawak 5 Minggu 10 - Man [4/10]

HAHA , kelakar la man . adoii .
mmg terbaek laa . hihi

Monday 14 March 2011

Politics ! grr






Assalamualaikum wbt
sbnrnya aku mmg minat sangat dgn politik dan aku tau la serba sedikit ttg politik semasa yang sedang melanda di negara kita , dulu aku pilih parti pembankang yang terdiri daripada PAS , DAP dan Keadilan kerana sebab peribadi tapi lepas aku fikir balik, kita sepatutnya pilih kerajaan kerana dapat memberi kebaikan kepada kita sebagai rakyat , aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesejahteraan dan suasana aman damai di Malaysia tidak seperti di Libya , Mesir , Tunisia , Yaman dan sebagainya dimana rakyat menuntut hak masing masing .

Kita sepatutnya bersatu padu , mengeratkan perpaduan sesama kaum . Sebagai contoh pada zaman Rasullulah S.a.w dimana negara yang diperintah oleh baginda berbilang suku suku kaum , agama yang terdiri dari pelbagai perwatakan  dan latar belakang yang berbeza tapi dgn kesabaran baginda dapat mendidik dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat baginda dan sepatutnya sebagai rakyat Malaysia boleh belajar dari kebijaksanaan baginda untuk membuat demikian kerana situasinya sama. Di Malaysia terdapat kaum melayu , cina , india dan lain lain lagi dan seharusnya kita menjaga sensitiviti kaum kaum lain dan bg pendapat aku , aku kurang setuju dgn pengisian 1 Malaysia . Objektif dia aku 100% setuju tp dgn menghalalkan setiap perayaan hendaklah di sambut sekali , aku tak setuju sekali kerana dalam islam , ALLAH berfirman bahawasanya  sekiranya kita merupai sesuatu kaum , maka kita serupalah seperti kaum tersebut , sebagai contoh menyambut perayaan Hari Natal , Deepavali dan lain lagi .

Sama sama la kita merenung renungkan dan mengambil pengajaran okay :D

wasalam

Sunday 13 March 2011

Manchester United


haha , Manchester United adalah pasukan pilihan aku , Aku pelik gile asal la ramai sangat yang tak suka dgn Manchester nie . Maybe dorang pasukan yang kuat , mmg yang kuat pun . haha . Aku minat Manchester dari zaman kecik aku lagi . Time tu Eric Cantona main then zaman David Beckham . Pemain yang aku minat dalam Manchester bukan Cristiano Ronaldo tapi Park Ji Sung , Beliau berasal dari Korea Selatan and aku dah agak Alex Ferguson msti bawak dia pergi Old Trafford sbb dgn kebolehan dia . Aku igt lagi mase dia wakili PSV . Time tu lawan AC Milan mase peringkat kalah mati . Dia yang score kemenangan . Aku bangga sbb dia pemain Asia pertama main dekat Manchester . Bukan calang calang lagi la tuu . Hihi . Aku harap Manchester bole kekalkan rentak sebagai Juara yang disegani . hehe .Baru beberape hari lepas Manchester menang 2-0 dgn Arsenal , nampaknya keyakinan dorang dah kembali selepas kalah dgn Liverpool . Mmmg terbaek la Manchester . Aku harap lepas nie dah tade nk orang nk ejek aku bile aku tgk Manchester lawan .